Skim Perkhidmatan Perjawatan

 7 8. Kelulusan Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan sebagai salah satu syarat kelayakan masuk tidak perlu diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama dengan SPM yang menjadi syarat asas pelantikan yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, sekiranya calon yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam telah memiliki kelayakan sebagaimana ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkaitan, calon juga hendaklah memenuhi syarat Kepujian atau Lulus dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM. Seseorang calon itu dianggap mempunyai kelulusan Bahasa Melayu di peringkat Lulus ataupun Kepujian dalam peperiksaan SPM dengan menunjukkan bukti bahawa ia telah memperolehi kelulusan tersebut. 9. Calon yang memiliki kelulusan Prinsipal dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf boleh dianggap memenuhi syarat Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan bagi pelantikan ke Perkhidmatan Awam. 10. Kelulusan peringkat Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf boleh dianggap sebagai memenuhi syarat kelulusan Bahasa Melayu yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan Kumpulan Pelaksana yang menetapkan kelulusan peringkat Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SRP/PMR/PT3 atau setaraf. Kelayakan Peringkat Ijazah Serta Setaraf, Diploma Serta Setaraf dan Sijil Serta Setaraf 11. Skim-skim perkhidmatan telah menetapkan bahawa seseorang calon mesti mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum layak dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam. Kelayakan yang diiktiraf merupakan kelayakan yang telah diluluskan pengiktirafannya oleh Jawatan Kuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) atau Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualifications Agency, MQA)1. 12. Pengiktirafan serta nilai taraf kelayakan boleh disemak terus menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) [kelayakan yang diiktiraf sebelum 1 Januari 2017] atau Malaysia Qualification Register (MQR) [kelayakan yang diiktiraf mulai 1 Januari 2017]. 1 Pengiktirafan kelayakan oleh MQA adalah mulai 1 Januari 2017.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy