15 SP.2.1.3 ii) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan telah berada di matagaji P1T4 dan ke atas tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan yang baru ini; dan iii) pegawai Gred 41 yang dilantik pada atau selepas 13 April 2006 hendaklah ditetapkan di matagaji P1T4. (d) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2 Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T5 Bagi Ijazah Sarjana Muda Kepujian i) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan berada di matagaji P1T4 dan ke bawah hendaklah ditetapkan di matagaji P1T5; ii) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan telah berada di matagaji P1T5 dan ke atas tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan yang baru ini; dan iii) pegawai Gred 41 yang dilantik pada atau selepas 13 April 2006 hendaklah ditetapkan di matagaji P1T5. Pergerakan Gaji Tahunan 11. Pergerakan Gaji Tahunan Pegawai Gred 41 yang berkhidmat sebelum 13 April 2006 hendaklah ditetapkan seperti berikut: (a) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T1 Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T3 Bagi Ijazah Sarjana Muda Kepujian i) pegawai yang berada di matagaji P1T2 yang mana Tarikh Pergerakan Gaji tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada13April 2006 ke matagaji P1T3. Oleh yang demikian pegawai tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan yang baru; dan ii) pegawai yang berada di matagaji P1T1 yang mana Tarikh Pergerakan Gaji Tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada 13 April 2006 sebelum ditetapkan ke matagaji P1T3.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy