Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 4 Rajah 1: Hubung Kait Antara Pembangunan Kompetensi, Penilaian Prestasi dan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya 6. Perincian pelaksanaan aktiviti Pembangunan Kompetensi adalah seperti di Ceraian SM.1.1.1. Aktiviti Penilaian Prestasi pula adalah berdasarkan ketetapan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa, manakala aktiviti Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya adalah seperti di Ceraian SM.1.1.2. 7. Secara umumnya di bawah DPSM; (a) Majlis Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (MPSM) ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Latihan Sektor Awam (Keanggotaan dan tanggungjawab MPSM seperti di Lampiran I); (b) setiap individu pegawai awam adalah bertanggungjawab menguruskan Pembangunan Kompetensi dan kemajuan kerjaya masing-masing. Untuk tujuan ini, keputusan dari Penilaian Prestasi dan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya akan dimaklumkan kepada pegawai; (c) konsep latihan dalam DLSA diperkembangkan kepada konsep pembangunan sumber manusia supaya lebih menyeluruh dan inklusif. Setiap individu pegawai perlu melengkapkan diri dengan sekurang-kurangnya 40 jam latihan berbentuk formal dan berstruktur dalam tahun penilaian. Pegawai juga digalakkan untuk menyertai program pembangunan tidak formal yang lain; 1 Pembangunan Kompetensi Maklum Balas 2 Penilaian Prestasi Maklum Balas 3 Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya Maklum Balas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy