3 “Kursus Jangka Pendek” ertinya kursus sepenuh masa yang tempohnya tidak melebihi tiga (3) bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik; “Latihan Jangka Sederhana” ertinya latihan sepenuh masa/separuh masa yang tempohnya melebihi tiga (3) bulan tetapi tidak melebihi dua belas (12) bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik; “Latihan Jangka Panjang” ertinya latihan sepenuh masa/separuh masa yang tempohnya melebihi dua belas (12) bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik; “Pegawai” ertinya semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; “Pembangunan Kompetensi” ertinya pendekatan yang dirancang dan dilaksana secara sistematik bagi meningkatkan kompetensi pegawai; “Penilaian Prestasi” ertinya pendekatan yang digunakan bagi menilai tahap kompetensi pegawai dalam melaksanakan tugasan yang diarahkan secara berterusan mengikut kaedah pengukuran yang ditetapkan; dan “Potensi” ertinya keupayaan atau kemampuan seseorang pegawai untuk melaksanakan atau melepasi tahap ekspektasi tugas di peringkat kemajuan kerjaya. PELAKSANAAN 5. Tiga (3) aktiviti utama di bawah DPSM adalah Pembangunan Kompetensi, Penilaian Prestasi dan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya seperti Rajah 1. Pembangunan Kompetensi adalah aktiviti utama dan merupakan asas kepada pelaksanaan Penilaian Prestasi dan Penilaian Potensi Kemajuan Kerjaya. Pembangunan Kompetensi yang berkesan adalah faktor kejayaan kritikal kepada pelaksanaan DPSM secara keseluruhannya.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy