1-7 Kompetensi Tahap Kepakaran Memimpin Diri (41 - 44) Memimpin Orang Lain (48 - 52) Memimpin Organisasi (54 - 56) Memimpin diperingkat Tertinggi (JUSA-TURUS) 41 44 48 52 54 56 JUSA - TURUS • Meraikan perbezaan pendapat • Berupaya untuk mewujudkan perhubungan yang boleh dipercayai • Berupaya untuk merangkumkan pendapat yang berbeza sebagai peluang untuk peningkatan • Membina ketabahan – berupaya untuk bangkit kembali dari cabaran dan kekal efektif • Berupaya mempengaruhi pemegang taruh dan lain-lain • Mewujudkan amalan pengurusan seperti perkongsian maklumat, ganjaran dan kuasa bersama pekerja • Memacu kepimpinan positif yang mantap • Meletakkan organisasi sebagai pusat kepakaran dan berpengaruh • Memberi inspirasi kepada pegawai lain untuk mencapai kejayaan baharu yang lebih tinggi • Berkongsi pengalaman dan pengetahuan secara aktif BICARA (SPEAK) • Berupaya membina hubungan yang baik dengan pegawai lain semasa menyelesaikan tugas • Berupaya memperkasa hubungan dan hormat kepada pegawai lain • Berupaya untuk berkomunikasi, meyakinkan, mempengaruhi, merancang, membina strategi, mengaplikasikan taktik, kaedah, alat pengurusan, sistem dan proses serta kerja berpasukan • Berupaya mengenal pasti dan mengurus pelbagai sumber kepakaran dalam dan luar kerajaan yang membolehkan pegawai memberi maklum balas yang efektif memenuhi keperluan pelanggan dan persekitaran • Berupaya memahami, mempelajari dan menggunakan teknik rundingan dengan pemegang taruh • Berupaya mengenal pasti pembuat keputusan sebenar dan individu yang dapat mempengaruhi mereka dan meramal tindak balas individu dan pasukan terhadap peristiwa yang berlaku di dalam negara, komuniti dan organisasi • Berupaya berkomunikasi untuk menjelaskan pandangan/ hala tuju dan aspirasi pemegang taruh kepada pegawai lain • Berupaya berhubung dengan orang lain secara mendalam dan berterus terang, mengesan dan mendorong reaksi dan interaksi yang dikehendaki • Berupaya menunjukkan keperibadian untuk mempengaruhi secara positif terhadap individu di sekelilingnya
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy