Dasar Pembangunan Sumber Manusia

 8 SM.1.1.1 PENDEKATAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI 8. Di bawah DPSM, Pembangunan kedua-dua kategori kompetensi iaitu Kompetensi Generik dan Kompetensi Fungsian dibangunkan melalui pendekatan 3P yang terdiri daripada Pendidikan, Pendedahan dan Pengalaman seperti Rajah 1. Rajah 1: Model Pembangunan Berdasarkan 3P Pendekatan Pendidikan 9. Pembangunan Kompetensi melalui pendekatan pendidikan merujuk kepada program pembangunan secara formal seperti menghadiri kursus, seminar, atau apa-apa latihan berbentuk formal dan berstruktur. Pendekatan Pendedahan 10. Pembangunan Kompetensi berdasarkan pendekatan pendedahan menumpukan kepada aspek dalaman seperti kemahiran insaniah (soft skills), nilai dan integriti. Elemen-elemen ini dibangun dan dimantapkan melalui pendekatan antara lain seperti pementoran, bimbingan khusus (coaching), sistem sahabat (buddy system) dan sebagainya seperti Jadual 1. PEGAWAI KOMPETEN PENDIDIKAN (Pembelajaran Formal) PENDEDAHAN (Pembelajaran dari pihak lain) PENGALAMAN (Pembelajaran dari pengalaman) 3P KOMPETENSI FUNGSIAN KOMPETENSI GENERIK

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy