6 CERAIAN SM.1.1.1 PEMBANGUNAN KOMPETENSI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan aktiviti Pembangunan Kompetensi bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (DPSM). PELAKSANAAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI 2. Pembangunan Kompetensi dilaksanakan dengan tujuan berikut: (a) membangunkan Kompetensi Generik dan Kompetensi Fungsian pegawai seperti yang ditetapkan; dan (b) membantu pegawai merapatkan jurang Kompetensi Generik dan Kompetensi Fungsian berdasarkan maklum balas pencapaian. KATEGORI KOMPETENSI 3. Terdapat dua (2) kategori kompetensi yang perlu dibangunkan dalam diri setiap pegawai: (a) Kompetensi Generik iaitu ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh semua pegawai Perkhidmatan Awam, di mana tahap bagi setiap satunya adalah mengikut gred perjawatan pegawai berkenaan sebagaimana Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA); dan (b) Kompetensi Fungsian yang merujuk kepada kemahiran, keupayaan dan pengetahuan khusus yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan berdasarkan deskripsi tugas di sesuatu jawatan. KOMPETENSI GENERIK BERDASARKAN ATRIBUT KEPIMPINAN 4. Pembangunan Kompetensi Generik adalah berdasarkan kepada sekurang- kurangnya lima (5) atribut kompetensi kepimpinan sebagaimana dalam Kerangka Kompetensi Kepimpinan Perkhidmatan Awam (KKPA), seperti berikut:
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy