Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam
6 (b) Penilaian prestasi hendaklah dijalankan secara berterusan dan berlandaskan kepada instrumen penilaian seperti MyPerformance, Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator - KPI), atau apa-apa instrumen lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dari semasa ke semasa. Melalui penilaian yang dilaksanakan berdasarkan prinsip adil, telus dan objektif, organisasi awam dapat memastikan pegawai yang berprestasi tinggi terus diberi motivasi, manakala yang berprestasi rendah dibimbing untuk meningkatkan mutu kerja, selaras dengan aspirasi untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Perincian pelaksanaan penilaian prestasi bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana adalah seperti di Ceraian UP.4.1.1: Dasar Baharu Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Pelaksana (MyPerformance) atau apa-apa instrumen lain yang ditetapkan oleh KPPA. Manakala, pelaksanaan pengurusan prestasi bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) atau apa-apa instrumen lain yang ditetapkan oleh KPPA. (ii) Pembangunan Kompetensi (a) Pembangunan kompetensi merupakan proses berterusan untuk memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku pegawai bagi memastikan tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan cekap, beretika dan memenuhi kehendak pemegang taruh. Kompetensi dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tugas melalui penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknikal bagi menyokong transformasi organisasi dengan memastikan pegawai bersedia menghadapi cabaran semasa dan mendatang. (b) Pembangunan kompetensi pegawai dirangka secara menyeluruh melalui empat pelan tindakan utama yang saling melengkapi iaitu analisis jurang kompetensi, analisis penentuan pendekatan pembangunan kompetensi, pelan pembangunan kompetensi serta kajian keberkesanan. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan intervensi pembangunan kompetensi dilakukan secara sistematik dan berimpak tinggi, sejajar dengan keperluan peranan, prestasi dan potensi individu dalam perkhidmatan awam. Pembangunan kompetensi perlu berasaskan hasil
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy