4 (iii) menyediakan hala tuju pembangunan kerjaya secara progresif; (iv) memperkasakan mekanisme penilaian potensi dan pelaksanaan pelan penggantian; dan (v) mengukuhkan budaya nilai dan etika dalam pembangunan bakat. 5. Setiap pegawai perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang bersesuaian melalui program pembangunan bakat yang terancang. Penerapan dan pembudayaan nilai bertindak sebagai pelengkap dan pemacu kepada pencapaian prestasi selaras dengan Nilai teras perkhidmatan awam iaitu amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. 6. Selain itu, perancangan pembangunan bakat pegawai diperkemas dengan pendekatan tadbir urus dan pelan tindakan yang lebih jelas. Penambahbaikan ini adalah bagi menyokong pelaksanaan SSPA terhadap keberkesanan dan pencapaian keberhasilan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Kerangka Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam 7. Kerangka pembangunan bakat perkhidmatan awam terdiri daripada elemen penilaian prestasi, pembangunan kompetensi dan pembangunan potensi seperti di Rajah 1.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy