Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 3 “kompetensi generik” ertinya pengetahuan, kemahiran, tatakelakuan dan nilai peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi pegawai berkenaan; “kompetensi fungsian” ertinya set pengetahuan, kemahiran dan/ atau tingkah laku yang perlu dimiliki oleh pegawai untuk menyempurnakan tugas di sesuatu jawatan dengan jayanya; “pegawai” ertinya semua kategori pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; “pembangunan kompetensi” ertinya pendekatan yang dirancang dan dilaksana secara berterusan dan sistematik bagi meningkatkan kompetensi pegawai dan melahirkan bakat kompeten; “pembangunan potensi” ertinya pendekatan yang dirancang secara berterusan dan bersasar bertujuan untuk meningkatkan kesediaan dan keupayaan pegawai bagi melahirkan bakat berpotensi dalam bidang tertentu; “penilaian prestasi” ertinya satu proses yang sistematik untuk menilai pencapaian prestasi kerja, kompetensi dan sumbangan pegawai dalam tempoh yang ditetapkan bagi tujuan pembangunan kerjaya, urusan sumber manusia serta peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam; “penilaian potensi” ertinya proses mengenal pasti pegawai berpotensi melalui mekanisme penilaian yang bersesuaian; dan “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Objektif Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam 4. Dasar ini diperkenalkan bagi mencapai objektif-objektif yang berikut: (i) membangunkan pegawai yang kompeten dan berprestasi tinggi selaras dengan keperluan strategik semasa dan masa hadapan perkhidmatan awam; (ii) memperkasa peranan ketua perkhidmatan dan ketua jabatan dalam membangunkan bakat, meningkatkan kompetensi pegawai dan mengukuhkan keupayaan organisasi;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy