2 Pembangunan bakat juga dapat meningkatkan daya saing organisasi serta memastikan perkhidmatan awam sentiasa bersedia menghadapi cabaran mendatang dan memenuhi kedinamikan ekspektasi pemegang taruh. TAFSIRAN 3. Bagi maksud pemakaian Pekeliling Perkhidmatan ini: “bakat” ertinya setiap pegawai dalam perkhidmatan awam yang mempunyai keupayaan dari segi kemahiran, pengetahuan, pengalaman, sahsiah, watak dan dorongan untuk memberi impak kepada organisasi; “bakat berpotensi” ertinya pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang dan kompeten serta berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab di gred jawatan yang lebih tinggi berasaskan kepada bakat dan kompetensi yang dimiliki; “bakat kompeten” ertinya pegawai yang memiliki dan mengaplikasikan set kompetensi generik dan kompetensi fungsian yang diperlukan secara berkesan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab; “Institusi Latihan Awam (ILA)” ertinya pusat latihan yang mengendalikan kursus kepada pegawai; “jabatan” termasuklah— (i) sesuatu Kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan; (iii) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan (iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “ketua jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh ketua jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “ketua perkhidmatan” ertinya pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai ketua perkhidmatan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy