Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 40 TADBIR URUS 19. Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan penilaian dan pembangunan pegawai, berikut adalah peranan ketua perkhidmatan/ ketua jabatan dan pegawai: (i) Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan/ Pengurus Sumber Manusia (a) merancang dan mengenal pasti pegawai yang layak dan mempunyai bakat untuk dinilai; (b) melaksanakan penilaian bagi mengukur tahap berpotensi pegawai; (c) menggunakan hasil penilaian bagi tujuan perancangan sumber manusia, pelan pembangunan berterusan, pertimbangan kemajuan kerjaya serta kesesuaian penempatan pegawai dalam perkhidmatan awam; (d) mengadakan sesi perbincangan dengan pegawai bagi merancang keperluan pembangunan potensi; dan (e) memperkasa fungsi Search Committee seperti di Ceraian UP.6.1.1: Panduan Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) yang berkuat kuasa atau mana-mana jawatankuasa yang bersesuaian. (ii) Pegawai (a) mengenal pasti kekuatan, jurang serta keperluan pembangunan kendiri; (b) menyediakan sasaran dan berbincang dengan penyelia/ ketua jabatan; dan (c) membina sikap proaktif dalam mengikuti program pembangunan dan inisiatif peningkatan kemahiran yang disarankan oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan/ pengurus sumber manusia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy