39 serta memelihara kesejahteraan dan prestasi pegawai yang terlibat. Perincian berkaitan pelaksanaan pusingan kerja adalah seperti di Ceraian UP.2.2.1: Panduan Pertukaran Pegawai Awam. (ii) Peminjaman dan Pertukaran Sementara Bakat berpotensi boleh ditawarkan penempatan secara peminjaman atau pertukaran sementara sebagai pendedahan bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan organisasi berkenaan. Perincian peminjaman dan pertukaran sementara adalah seperti di Ceraian UP.1.2.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap. (iii) Penempatan Silang Program Penempatan Silang atau Cross Fertilization Program (PCF) juga boleh ditawarkan kepada bakat berpotensi untuk ditempatkan secara silang dalam tempoh sementara ke organisasi lain sama ada agensi awam atau swasta untuk mentransformasikan perkhidmatan awam kepada suatu perkhidmatan yang mengutamakan aspek keberhasilan dan budaya prestasi tinggi. Perincian penempatan silang adalah seperti di Ceraian UP.2.1.1 Dasar Dan Prosedur Penempatan Pegawai Di Bawah Program Penempatan Silang (Cross Fertilization Program). (iv) Kemudahan Cuti Belajar, Penajaan Biasiswa dan Kursus Berimpak Tinggi (a) Kemudahan cuti belajar dan penajaan biasiswa boleh ditawarkan secara sepenuh masa kepada pegawai yang memenuhi syarat yang ditetapkan; dan (b) Kursus kompetensi jangka pendek berimpak tinggi dalam negara atau luar negara juga boleh ditawarkan kepada pegawai yang memenuhi syarat (Perincian seperti di Ceraian SM.1.1.1 Panduan Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam (MyKompetensi)).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy