38 (ii) Penilaian Khas Penilaian Khas boleh dilaksanakan bagi mengukur tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi menilai potensi kepimpinan atau kepakaran. Ketua perkhidmatan/ ketua jabatan boleh melaksanakan penilaian khas seperti yang berikut: (a) pemilihan pegawai yang memperoleh markah penilaian prestasi 90% dan ke atas setiap tahun bagi tiga (3) tahun terkini; (b) menetapkan syarat-syarat pemilihan dan kriteria calon bagi penilaian khas; (c) membangunkan kriteria pemarkahan bagi penilaian potensi kepimpinan atau kepakaran; (d) merancang dan melaksanakan penilaian menggunakan kaedah yang bersesuaian; dan (e) mengadakan sesi perbincangan dengan pegawai bagi merancang keperluan pembangunan potensi. PEMBANGUNAN POTENSI 17. Pembangunan potensi memerlukan perancangan secara berstruktur ke arah kesediaan bakat berpotensi bagi mengembangkan keupayaan kepimpinan dan kepakaran dalam bidang tertentu. Pembangunan potensi secara bersasar adalah penting untuk memastikan pembangunan menepati keperluan pegawai dan kepentingan organisasi. 18. Penggunaan Model Pendekatan 3P yang merangkumi pendidikan, pendedahan, pengalaman boleh diaplikasikan mengikut keperluan pembangunan potensi. Kaedah pembangunan potensi pegawai boleh dilaksanakan dan disesuaikan melalui pelbagai pendekatan seperti yang berikut: (i) Pusingan Kerja Bagi memperkasakan bakat berpotensi, pegawai digalakkan untuk melalui pusingan kerja sebagai satu kaedah pembangunan on-the-job training yang praktikal bagi membina pengalaman. Pelaksanaan urusan pusingan kerja yang dirancang dengan teliti dapat menyokong keberkesanan organisasi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy