Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 37 TAHAP TERMA KETERANGAN 3 Sederhana Mempamerkan potensi pemikiran, kepimpinan, komunikasi dan tindakan secara konsisten. 4 Cemerlang Mempamerkan potensi pemikiran, kepimpinan, komunikasi dan tindakan secara sangat konsisten. 5 Unggul Mempamerkan potensi pemikiran, kepimpinan, komunikasi dan tindakan secara melebihi jangkaan. 15. Berdasarkan komponen TLSA, kaedah penilaian lain boleh dibangunkan mengikut keperluan ketua perkhidmatan/ ketua jabatan masing-masing. Hasil penilaian boleh digunakan bagi merancang pembangunan potensi yang lebih bersasar bagi pegawai yang dikenal pasti. KAEDAH PENILAIAN MyPOTENSI 16. Secara umumnya, kaedah penilaian MyPotensi adalah tertakluk kepada kesesuaian yang ditentukan oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan. Antara kaedah yang boleh dilaksanakan adalah seperti yang berikut: (i) Penilaian Berasaskan Pemerhatian (Borang Penilaian) Ketua perkhidmatan/ ketua jabatan boleh melaksanakan penilaian kepada pegawai menggunakan kaedah seperti yang berikut: (a) pemilihan pegawai yang memperoleh markah penilaian prestasi 90% dan ke atas setiap tahun bagi tiga (3) tahun terkini; (b) melaksanakan penilaian potensi kepimpinan atau kepakaran berdasarkan tingkah laku sebenar dan interaksi harian pegawai seperti yang ditetapkan dalam Borang Pemerhatian Penilaian Potensi Kepimpinan (Lampiran SM.1.1.2(B1)) atau Borang Pemerhatian Penilaian Potensi Kepakaran (Lampiran SM.1.1.2(B2)); (c) memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan dari semasa ke semasa; dan (d) mengadakan sesi perbincangan dengan pegawai bagi merancang keperluan pembangunan potensi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy