Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 1 KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan _____________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ DASAR PEMBANGUNAN BAKAT PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2024) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam kepada pegawai perkhidmatan awam selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). LATAR BELAKANG 2. Pembangunan bakat amat penting bagi memastikan kelangsungan prestasi cemerlang perkhidmatan awam, peningkatan kecekapan dan kesinambungan kepemimpinan. Melalui satu kerangka pembangunan bakat yang komprehensif berasaskan prestasi, kompetensi pegawai dapat dibangunkan mengikut keperluan jawatan yang disandang. Seterusnya, pegawai berpotensi dapat dikenal pasti dan dibangunkan untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy