Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 34 (ii) mempunyai kepakaran dan keupayaan menerajui, menyelaras dan menilai perancangan dan pelaksanaan program di organisasi; (iii) berkeupayaan memberi perundingan/ khidmat nasihat di bawah bidang fungsi yang dijalankan oleh organisasi berkenaan; (iv) memastikan pengurusan dan penggunaan sumber organisasi secara berkesan dengan penuh tanggungjawab dan akauntabiliti; dan (v) apa-apa ciri bakat berpotensi yang ditentukan oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan. KEPENTINGAN MyPOTENSI 9. Secara umumnya, MyPotensi diwujudkan bagi tujuan seperti yang berikut: (i) membolehkan pemilihan bakat berpotensi dilaksanakan; (ii) mengenal pasti pegawai yang mempunyai bakat berpotensi mengisi jawatan strategik/ gred jawatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan awam; (iii) memantapkan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat; (iv) membolehkan penilaian dan pembangunan potensi dirancang secara berterusan dan bersasar; (v) menyokong pembangunan bakat yang lebih berstruktur dan terancang; dan (vi) menyokong pelaksanaan pelan penggantian. CIRI-CIRI MyPOTENSI 10. MyPotensi merangkumi dua komponen iaitu Penilaian MyPotensi dan Pembangunan MyPotensi. Pegawai yang dikenal pasti sebagai bakat kompeten akan dinilai potensinya bagi persediaan ke gred jawatan yang lebih tinggi. Bagi tujuan ini, ketua perkhidmatan/ ketua jabatan diberi kuasa untuk mencalonkan pegawai yang dikenal pasti bagi menjalani penilaian dan pembangunan potensi. Penilaian potensi ini dijadikan asas kepada pembangunan bakat dan laluan kerjaya dalam organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy