33 “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, mengikut mana-mana yang berkenaan. PRINSIP MyPOTENSI 6. Pemilihan bakat berpotensi hendaklah dilakukan mengikut prinsip-prinsip dan pendekatan tertentu. Pemilihan ini adalah bagi mengenal pasti pegawai kompeten yang berpotensi untuk memimpin, memiliki kepakaran dan kemahiran yang tertentu untuk menggalas peranan dan tanggungjawab yang lebih penting pada masa hadapan. 7. Secara asasnya, MyPotensi diperkenalkan sebagai panduan bagi memudahkan ketua perkhidmatan/ ketua jabatan mengenal pasti pegawai yang layak berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: (i) Kesediaan Memiliki kesediaan dan keinginan mempelajari ilmu dan kemahiran baharu. (ii) Keupayaan Memiliki kepakaran dan kemahiran yang tertentu, keupayaan untuk memimpin serta memotivasikan pasukan. (iii) Kesesuaian Memiliki kesesuaian personaliti, minat dan pengalaman bagi penempatan tersebut. CIRI-CIRI BAKAT BERPOTENSI 8. Pegawai perlu dikenal pasti melalui sesi penilaian potensi yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan. Bakat berpotensi boleh disenarai pendek untuk mengisi gred jawatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan awam. Antara ciri-ciri pemilihan pegawai yang mempunyai bakat berpotensi adalah seperti yang berikut: (i) mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti yang ditetapkan dalam Ceraian UP.6.1.1: Panduan Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) atau apa-apa ketetapan lain yang terpakai;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy