32 TAFSIRAN 5. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini: “bakat berpotensi” ertinya pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang dan kompeten serta berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab di gred jawatan yang lebih tinggi berasaskan kepada bakat dan kompetensi yang dimiliki; “bakat kompeten” ertinya pegawai yang memiliki dan mengaplikasikan set kompetensi generik dan kompetensi fungsian yang diperlukan secara berkesan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab; “jabatan” termasuklah— (i) sesuatu Kementerian; (ii) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan; (iii) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan (iv) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “ketua jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh ketua jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; “ketua perkhidmatan” ertinya pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai ketua perkhidmatan; “pegawai” ertinya semua kategori pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; “pembangunan potensi” ertinya pendekatan yang dirancang secara berterusan dan bersasar bertujuan untuk meningkatkan kesediaan dan keupayaan pegawai bagi melahirkan bakat berpotensi dalam bidang tertentu; “penilaian potensi” ertinya proses mengenal pasti pegawai berpotensi melalui mekanisme penilaian yang bersesuaian; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy