Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 31 CERAIAN SM.1.1.2 PANDUAN PENILAIAN DAN PEMBANGUNAN POTENSI DALAM PERKHIDMATAN AWAM (MyPOTENSI) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan tentang Panduan Penilaian dan Pembangunan Potensi Dalam Perkhidmatan Awam (MyPotensi) bagi pegawai dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024: Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan merupakan langkah transformasi strategik yang menekankan pemerkasaan bakat berpotensi bagi pengekalan bakat terbaik dalam perkhidmatan awam. Inisiatif ini penting bagi menjamin kesinambungan kepemimpinan secara berterusan dan kecekapan tadbir urus diperkukuh secara menyeluruh. 3. Selaras dengan hasrat tersebut, inisiatif MyPotensi merangkumi aspek penilaian dan pembangunan potensi yang merupakan komponen utama dalam mengenal pasti serta memperkasa bakat agar pegawai berupaya mengembangkan potensi diri masingmasing. Pendekatan ini diambil seiring dengan ekspektasi bahawa bakat yang berpotensi lebih bersedia untuk menggalas akauntabiliti dan seterusnya menyokong aspirasi transformasi perkhidmatan awam ke arah perkhidmatan yang lebih dinamik, responsif dan berprestasi tinggi. 4. Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini boleh dilaksanakan secara menyeluruh di jabatan, peranan ketua perkhidmatan/ ketua jabatan juga diperkasakan agar perancangan bakat dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan strategik di jabatan. Mereka bertanggungjawab mengenal pasti calon bakat terbaik, merancang penilaian yang bersesuaian, serta melaksanakan pembangunan yang menyeluruh untuk mengoptimumkan potensi pegawai selaras dengan keperluan strategik organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy