29 (b) ketua jabatan bertanggungjawab untuk merangka dan melaksanakan penilaian keberkesanan program pembangunan kompetensi yang dijalankan oleh jabatan; (c) kajian keberkesanan ini hendaklah dilaksanakan secara berstruktur berdasarkan model penilaian yang bersesuaian seperti Model Kirkpatrick (Reaksi, Pembelajaran, Tingkah Laku, dan Hasil) atau kaedah lain yang ditetapkan; (d) penilaian dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti penilaian serta-merta (selepas latihan), penilaian susulan (tiga hingga enam bulan selepas latihan), dan laporan penilaian hendaklah dibentangkan kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia jabatan sebagai asas penambahbaikan program pembangunan seterusnya; dan (e) hasil dapatan daripada kajian keberkesanan ini akan menjadi input kepada penambahbaikan reka bentuk program pembelajaran, pemilihan peserta, kaedah penyampaian serta pembangunan berterusan bagi menyokong hala tuju kompetensi dan pembangunan bakat perkhidmatan awam. TARIKH KUAT KUASA 21. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 September 2025. PENGECUALIAN 22. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia ini hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. PEMBATALAN 23. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti senarai dalam Lampiran I adalah dibatalkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy