27 (b) menyediakan modul pembangunan yang berasaskan kepada kamus dan struktur pembangunan kompetensi. (vii) Pegawai (a) mengenal pasti dan merancang keperluan pembangunan kompetensi generik dan fungsian yang bersesuaian dengan kompetensi jawatan dan pembangunan diri secara pembelajaran berterusan; (b) menghadiri dan mengikuti program pembangunan kompetensi sekurang-kurangnya 40 jam dalam tahun penilaian. Keutamaan hendaklah diberikan kepada program pembangunan kompetensi generik dan fungsian yang berkaitan dengan jawatan yang disandang; (c) Mengemukakan laporan pembangunan kompetensi kepada ketua jabatan atau melaksanakan pemindahan/ perkongsian ilmu dalam tempoh yang ditetapkan; dan (d) mengemukakan salinan sijil/ dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan kehadiran kursus dan bagi tujuan rekod kepada ketua jabatan masing-masing sebaik sahaja tamat menghadiri kursus. PELAN TINDAKAN 20. Pembangunan kompetensi organisasi dan pegawai mendukung keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Bagi memastikan strategi pembangunan kompetensi dapat dicapai, tadbir urus dasar hendaklah memainkan peranan secara kolektif serta memastikan pelan tindakan yang bersesuaian dilaksanakan seperti yang berikut: (i) Analisis Jurang Kompetensi (a) memastikan program pembangunan kompetensi memenuhi keperluan sebenar jabatan dan pegawai; (b) ketua jabatan bertanggungjawab untuk memastikan analisis jurang kompetensi dilaksanakan secara sistematik berdasarkan keperluan kompetensi perjawatan; (c) analisis jurang kompetensi ini boleh dilaksanakan menerusi pelbagai kaedah yang bersesuaian dan menjadi asas kepada perancangan dan pelaksanaan strategi pembangunan kompetensi secara menyeluruh di pelbagai peringkat; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy