Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 26 (l) memberikan kebenaran kepada pegawai yang masih dalam tempoh percubaan dan belum disahkan dalam perkhidmatan untuk: i. menghadiri kursus jangka pendek di luar negara sekiranya amat diperlukan dan bersesuaian dengan tugas; dan ii. menghadiri kursus bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan seperti yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan berkaitan. (m) melaksanakan analisis jurang kompetensi dan analisis penentuan menggunakan pendekatan 3P; (n) menyediakan Pelan Pembangunan Kompetensi tahunan yang meliputi perancangan keperluan kursus jangka pendek, sederhana dan panjang pegawai; (o) memastikan fungsi ILA berkaitan pembangunan kompetensi dilaksanakan sepenuhnya; (p) menjalin sinergi strategik dengan ILA dalam perancangan Pelan Pembangunan Kompetensi; (q) melaksanakan penilaian keberkesanan program pembangunan kompetensi bagi memastikan program yang dilaksanakan mencapai objektif; (r) memastikan peruntukan program pembangunan kompetensi dibelanjakan dengan teratur; (s) memastikan pegawai mengemukakan laporan kursus kepada ketua jabatan atau melaksanakan pemindahan/ perkongsian ilmu dalam tempoh yang ditetapkan; dan (t) memastikan semua penyertaan kursus pegawai direkodkan. (vi) Institusi Latihan Awam (ILA) (a) memberikan keutamaan dalam merancang, melaksana dan menilai program-program pembangunan kompetensi bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Kompetensi jabatan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy