Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 25 i. keutamaan diberikan bagi pelaksanaan kursus di ILA; ii. bagi kursus-kursus luar negara, hendaklah terdiri daripada kursus-kursus yang perlu dan tidak dapat dikelola atau dianjurkan oleh institusi latihan dalam negara; iii. pemilihan pegawai untuk mengikuti kursus jangka pendek di luar negara hendaklah tertakluk kepada kesesuaian kursus dengan tugas dan tanggungjawab pegawai di jabatan; iv. tempoh pegawai boleh menghadiri kursus di luar negara adalah seperti yang berikut: a. pegawai yang telah mengikuti kursus jangka pendek / sederhana / panjang di luar negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek lain atau siri kursus jangka pendek seterusnya di luar negara selepas genap satu (1) tahun tamat mengikuti kursus berkenaan; b. pegawai yang telah mengikuti kursus jangka pendek di luar negara boleh juga dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang di luar negara selepas genap satu (1) tahun tamat mengikuti kursus berkenaan; dan c. pegawai yang telah mengikuti kursus jangka sederhana / panjang di luar negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang di luar negara selepas genap tiga (3) tahun tamat mengikuti kursus berkenaan. v. sekiranya, atas dasar kepentingan perkhidmatan dan keperluan mendesak atau tidak dapat dielakkan, ketua jabatan boleh meluluskan pengecualian terhadap tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 19.(v)(k)iv. tertakluk kepada pematuhan peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa; dan vi. penyertaan dalam kursus di luar negara (selain daripada seminar dan bengkel) yang tempohnya terlalu pendek seperti tiga atau empat hari adalah tidak digalakkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy