Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 24 (v) Ketua Jabatan (a) memastikan pelaksanaan dasar ini di jabatan masing-masing; (b) memastikan program pembangunan kompetensi jabatan dirancang berdasarkan kepada keperluan penguasaan dan tahap kecekapan pegawai yang dirujuk daripada kamus kompetensi; (c) menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurangkurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan pembangunan kompetensi keseluruhan pegawai; (d) memastikan peruntukan dan perbelanjaan program pembangunan kompetensi mematuhi dasar dan peraturan yang berkuat kuasa; (e) memastikan pegawai mengikuti sekurang-kurangnya 40 jam sesi pembangunan kompetensi dalam tahun penilaian; (f) menjalin sinergi strategik dengan ketua perkhidmatan dalam pembangunan kompetensi pegawai kader/ gunasama; (g) memastikan pelaksanaan kursus jangka pendek yang terangkum; (h) memastikan fungsi ILA berkaitan pembangunan kompetensi dilaksanakan sepenuhnya; (i) mengurus dan melaksanakan kursus jangka pendek sama ada di dalam atau di luar negara bagi pegawai di jabatan masing-masing yang dianggap perlu bagi kompetensi generik dan kompetensi fungsian kecuali kursus-kursus jangka pendek seperti diperuntukkan di perenggan 19.(ii)(b); (j) semua Ketua Setiausaha diberi kuasa meluluskan kursus-kursus jangka pendek luar negara yang dibiayai Kerajaan Persekutuan. Bagi jabatan yang bukan di bawah kawalan kementerian, maka kelulusan kursus-kursus jangka pendek luar negara tersebut diberi kepada ketua jabatan; (k) meluluskan kursus-kursus jangka pendek seperti di perenggan 19.(ii)(b) berdasarkan kepada peraturan-peraturan seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy