Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 23 (d) Kursus yang Dibiayai oleh Badan Asing Menyediakan apa-apa kursus yang ditawarkan dan dibiayai oleh pihak asing / Badan Antarabangsa, melainkan yang berkaitan dengan sesuatu projek atau program kerjasama yang dikendalikan oleh jabatan masing-masing, hendaklah melalui Kementerian Luar Negeri (sebagai saluran rasmi) sebelum dikemukakan kepada JPA. (iii) Panel Pembangunan Sumber Manusia (a) Panel Pembangunan Sumber Manusia di kementerian masingmasing hendaklah memantau perancangan dan pelaksanaan pembangunan kompetensi secara berpusat; (b) meluluskan Pelan Pembangunan Kompetensi tahunan; (c) memastikan analisis jurang kompetensi dan analisis penentuan pendekatan pembangunan kompetensi dilaksanakan; (d) memperakukan pegawai bagi pemilihan kursus jangka panjang, sederhana dan pendek yang dianjurkan oleh JPA; dan (e) memastikan ILA melaksanakan program pembangunan kompetensi untuk pegawai berdasarkan fungsi jabatan. (iv) Ketua Perkhidmatan (a) memastikan kamus kompetensi tersedia bagi setiap skim perkhidmatan berdasarkan gred jawatan; (b) merancang keperluan pembangunan kompetensi pegawai dalam skim-skim perkhidmatan di bawah tanggungjawab berdasarkan analisis jurang kompetensi dan analisis pendekatan pembangunan kompetensi yang dilaksanakan oleh ketua jabatan; (c) menyediakan Pelan Pembangunan Kompetensi berdasarkan keperluan jawatan di dalam atau luar jabatan; dan (d) memperkukuh sinergi strategik dengan ketua jabatan dalam pembangunan kompetensi pegawai kader/ gunasama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy