Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 22 (b) Fungsi Jawatankuasa Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam ialah seperti yang berikut: i. mengkaji dasar-dasar dan hala tuju pembangunan kompetensi dalam perkhidmatan awam; ii. memastikan pelaksanaan dan keberkesanan dasar; iii. memastikan fungsi dan peranan ILA memenuhi keperluan pembangunan kompetensi perkhidmatan awam; dan iv. memastikan kerjasama dan hubungan jabatan dengan institusi latihan di dalam dan di luar negara serta badan-badan antarabangsa dan negara-negara asing berhubung pembangunan kompetensi pegawai. v. memastikan ketua jabatan membangunkan Pelan Pembangunan Kompetensi di jabatan masing-masing. (ii) Jabatan Perkhidmatan Awam (a) Latihan Sebelum Perkhidmatan Menyediakan apa-apa bentuk Latihan Sebelum Perkhidmatan yang memerlukan penajaan kecuali jabatan yang telah diberikan kuasa berbuat demikian; (b) Kursus-kursus Jangka Pendek Menyediakan kursus-kursus jangka pendek (tidak melebihi tiga bulan) khususnya bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta kursus lain jangka pendek yang ditentukan; (c) Kursus yang Melebihi Tiga Bulan Menyediakan kursus jangka sederhana (melebihi tiga bulan hingga dua belas bulan) dan kursus jangka panjang (melebihi dua belas bulan) sama ada di dalam atau di luar negara; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy