Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 21 TADBIR URUS PELAKSANAAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI 19. Untuk melaksanakan pembangunan kompetensi secara berkesan, setiap pegawai, ketua jabatan, ketua perkhidmatan, Panel Pembangunan Sumber Manusia, ILA dan agensi pusat mempunyai peranan masing-masing seperti yang berikut: (i) Jawatankuasa Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam (a) Jawatankuasa Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam ditubuhkan dan keanggotaan jawatankuasa ini ialah seperti dalam Jadual 3. Jadual 3: Jawatankuasa Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam Jawatan Keanggotaan Pengerusi Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Pengerusi Ganti Timbalan Pengarah Bahagian Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Ahli-ahli 1. Pengurus Sumber Manusia Kementerian 2. Pengarah INTAN, JPA 3. Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, JPA 4. Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, JPA 5. Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA 6. Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi, JPA (Jawatankuasa boleh menambah keanggotaan ahli atau menjemput mana-mana pegawai yang bersesuaian bagi membantu membuat keputusan yang lebih tepat, tertakluk kepada keperluan semasa) Setiausaha Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy