Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 20 18. Pembangunan kompetensi pegawai dilaksanakan melalui Model Pendekatan 3P seperti dalam Rajah 1. Rajah 1: Model Pendekatan 3P (i) Pendekatan Pendidikan Pembangunan kompetensi melalui pendekatan pendidikan merujuk kepada program pembangunan secara formal seperti menghadiri kursus, seminar, atau sebarang latihan berbentuk formal dan berstruktur. (ii) Pendekatan Pendedahan Pembangunan kompetensi berdasarkan pendekatan pendedahan menumpukan kepada aspek dalaman seperti kemahiran insaniah (soft skills), nilai dan integriti. Elemen-elemen ini dibangun dan dimantapkan melalui pendekatan antara lain seperti pementoran, bimbingan khusus (coaching), sistem sahabat (buddy system) dan sebagainya. (iii) Pendekatan Pengalaman Pendekatan pembelajaran berdasarkan pengalaman atau on the job training merujuk kepada pembangunan diri hasil daripada pengalaman pegawai di tempat kerja. Antara intervensi yang boleh dilaksanakan untuk tujuan ini adalah seperti penugasan semula, penugasan khas, pengalaman bertugas di pelbagai unit atau cawangan berlainan dan melaksanakan bidang tugas berbeza seperti kewangan, pengurusan sumber manusia dan lain-lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy