19 sederhana atau kompetensi fungsian pada tahap cekap untuk ke tahap yang ditetapkan. (iv) Peningkatan Kompetensi Peringkat ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kebolehan profesional secara berterusan melalui penguasaan kemahiran lanjutan dan pemantapan amalan kerja bagi membolehkan pegawai bertindak dalam pelbagai situasi. Peningkatan kompetensi boleh diberikan kepada pegawai yang memiliki kompetensi generik pada tahap sederhana tinggi atau kompetensi fungsian pada tahap efektif untuk ke tahap yang seterusnya. (v) Pengukuhan Kompetensi Peringkat ini bertujuan sebagai pengukuhan kompetensi kepimpinan, membuat keputusan, membimbing pembangunan dan prestasi pegawai di bawahnya serta mengurus pihak-pihak berkepentingan bagi pegawai yang memiliki kompetensi generik pada tahap tinggi atau kompetensi fungsian pada tahap pakar. 15. Pendekatan berperingkat ini memastikan bahawa pembangunan kompetensi tidak berlaku secara rawak, tetapi selari dengan keperluan jawatan dan organisasi berdasarkan pemetaan jurang kompetensi. Selain itu juga, peringkat pembangunan kompetensi dapat memudahkan perancangan pembangunan individu dan penyelarasan program yang bersesuaian berdasarkan keutamaan pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam menerusi pembelajaran berterusan. 16. Peringkat ini tidak berbentuk linear semata-mata sebaliknya boleh diulang, digabung atau disesuaikan mengikut keperluan kompetensi yang dikehendaki di sepanjang perkhidmatan pegawai. Sebagai contoh, pegawai yang berada di tahap pembangunan kompetensi masih boleh diberi pendedahan kompetensi dalam bidang baharu dan pegawai yang kompeten masih boleh melalui peringkat pembangunan kompetensi yang bersesuaian bagi menyokong prestasi kerja. PENDEKATAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI 17. Pelaksanaan pembangunan kompetensi secara pembelajaran berterusan bertujuan untuk membangunkan kompetensi pegawai seperti yang ditetapkan. Pembangunan kompetensi turut membantu pegawai merapatkan jurang kompetensi berdasarkan maklum balas pencapaian dalam penilaian prestasi atau sebarang instrumen yang ditentukan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy