18 bagi tujuan pembangunan kompetensi keseluruhan pegawai; (vii) setiap pegawai dan ketua jabatan hendaklah memastikan Pegawai mengikuti program pembangunan kompetensi sekurang-kurangnya 40 jam setahun. Keutamaan hendaklah diberikan kepada program pembangunan kompetensi generik dan fungsian yang berkaitan dengan jawatan yang disandang; dan (viii) penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam. PERINGKAT PEMBANGUNAN KOMPETENSI 14. Berdasarkan analisis jurang kompetensi yang dilaksanakan menerusi pelbagai kaedah yang bersesuaian berdasarkan tahap kompetensi, peringkat pembangunan kompetensi yang perlu dilalui oleh setiap pegawai adalah seperti yang berikut: (i) Pendedahan Kompetensi Peringkat ini bertujuan untuk memberi pengenalan dan pendedahan kompetensi yang perlu dimiliki pegawai apabila ditempatkan di sesuatu jawatan yang baharu sama ada melalui lantikan/ pertukaran/ kenaikan pangkat dan lain-lain. Pendedahan kompetensi boleh diberikan kepada pegawai yang memiliki kompetensi generik pada tahap rendah atau kompetensi fungsian pada tahap terhad untuk ke tahap yang ditetapkan. (ii) Penerapan Kompetensi Peringkat ini bertujuan agar pegawai diterapkan dengan pemahaman dan penguasaan asas kompetensi yang perlu dimiliki bagi jawatan yang disandang. Penerapan kompetensi boleh diberikan kepada pegawai yang memiliki kompetensi generik pada tahap sederhana rendah atau kompetensi fungsian pada tahap asas untuk ke tahap yang ditetapkan. (iii) Pembangunan Kompetensi Peringkat ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pegawai memahami, merancang dan menganalisis tugasan menepati standard yang diperlukan. Di samping itu, peringkat ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sedia ada dan membangunkan kemahiran baru bagi meningkatkan kompetensi pegawai. Pembangunan kompetensi boleh diberikan kepada pegawai yang memiliki kompetensi generik pada tahap
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy