17 (ii) Bidang Tujahan Teras ini merujuk kepada bidang keutamaan atau fokus pembangunan yang perlu diberikan tumpuan mengikut keperluan strategik semasa dan masa hadapan perkhidmatan awam. Bidang tujahan ini hendaklah bersifat dinamik dan disesuaikan dengan aspirasi negara serta perubahan persekitaran pentadbiran awam. (iii) Nilai Nilai merupakan teras pembentukan sahsiah dan integriti pegawai. Teras ini bertujuan memastikan setiap pegawai mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang baik dengan mengamalkan prinsip moral dan etika kerja yang tinggi. Nilai utama yang menjadi rujukan adalah Nilai teras perkhidmatan awam yang merangkumi amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur serta pekeliling berkaitan yang berkuat kuasa. STRATEGI PELAKSANAAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI 13. Dasar ini dilaksanakan dengan menggunakan strategi-strategi yang berikut: (i) keperluan pembangunan kamus kompetensi oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan bagi menentukan keperluan kompetensi dan hala tuju strategik organisasi yang lebih berfokus; (ii) penambahbaikan peringkat pembangunan kompetensi sebagai rujukan bagi perancangan dan pelaksanaan pembangunan kompetensi di peringkat jabatan; (iii) penggunaan Model Pendekatan 3P iaitu Pendidikan, Pendedahan dan Pengalaman dalam program pembangunan kompetensi; (iv) pelaksanaan analisis jurang kompetensi dan penentuan pendekatan 3P dalam perancangan keperluan pembangunan kompetensi pegawai bagi memastikan pelaburan modal insan yang lebih bersasar dan berkesan; (v) penyediaan Pelan Pembangunan Kompetensi yang lebih menyeluruh agar peruntukan tahunan jabatan untuk pembangunan kompetensi dapat dibelanjakan dengan lebih berkesan; (vi) setiap jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy