Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 16 Kompetensi Fungsian 10. Kompetensi fungsian dinilai melalui tahap kecekapan yang ditentukan berdasarkan aspek kompleksiti, tanggungjawab dan autonomi. Penerangan berkaitan pembangunan, penetapan dan penilaian kompetensi fungsian boleh dirujuk dalam Ceraian UP.4.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Dasar Baharu Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Dan Kumpulan Pelaksana (MyPerformance). OBJEKTIF PEMBANGUNAN KOMPETENSI 11. Pembangunan kompetensi dilaksanakan dengan tujuan seperti yang berikut: (i) menyediakan pegawai yang kompeten, memenuhi keperluan kompetensi generik dan kompetensi fungsian yang ditetapkan berdasarkan deskripsi tugas di sesuatu jawatan; (ii) mencapai hasil kerja yang berkualiti dan bermutu tinggi; (iii) meningkatkan kompetensi dan produktiviti; (iv) mengukuhkan amalan nilai murni, kesejahteraan psikologi dan sikap positif; dan (v) mengukuhkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah (value– added) dalam perkhidmatan awam. TERAS PEMBANGUNAN KOMPETENSI 12. Pembangunan kompetensi pegawai dilaksanakan berdasarkan tiga (3) teras utama iaitu kompetensi, bidang tujahan dan nilai. Ketiga-tiga teras ini berfungsi secara bersepadu untuk memastikan pegawai bersedia dari segi set pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku seperti yang berikut: (i) Kompetensi Teras ini merangkumi set pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang diperlukan yang perlu dimiliki oleh pegawai untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara cekap dan profesional. Kompetensi yang dikenal pasti hendaklah selaras dengan deskripsi tugas serta merujuk kepada kamus kompetensi yang dibangunkan oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy