Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 14 “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, mengikut mana-mana yang berkenaan. PRINSIP MyKOMPETENSI 6. Kompetensi merupakan asas utama dalam memastikan pegawai mampu untuk melaksanakan tugas dengan berkesan, meningkatkan kualiti kerja, serta menyumbang kepada pembangunan organisasi dan negara secara menyeluruh. MyKompetensi hendaklah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: (i) Boleh Diperhatikan Pengetahuan, kemahiran dan/ atau tingkah laku yang dapat diperlihatkan secara jelas dan nyata. (ii) Boleh Diukur Pengetahuan, kemahiran dan/ atau tingkah laku itu dapat dibezakan berdasarkan tahap kecekapan dan penguasaan. (iii) Boleh Dilatih Penguasaan sesuatu kompetensi itu boleh ditingkatkan melalui pembangunan kompetensi bagi membolehkan tugas di gred jawatan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. 7. Terdapat dua (2) komponen utama yang membentuk kompetensi perjawatan yang perlu dibangunkan bagi setiap pegawai iaitu kompetensi generik dan kompetensi fungsian. Kompetensi Generik 8. Kompetensi generik dinilai berdasarkan keupayaan pemikiran (Think), kepimpinan (Lead), komunikasi (Speak) dan tindakan (Act) atau singkatannya TLSA. Komponen TLSA dirangka dengan pendekatan yang fleksibel bagi membolehkan penyesuaian mengikut keperluan ketua perkhidmatan/ ketua jabatan, termasuk pembangunan rubrik penilaian. Panduan penilaian kompetensi generik boleh mengguna pakai kaedah penilaian seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy