Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 12 CERAIAN SM.1.1.1 PANDUAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM (MyKOMPETENSI) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Panduan Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam (MyKompetensi) selaras dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). LATAR BELAKANG 2. Menerusi pengenalan SSPA, pembangunan modal insan dan pembudayaan nilai ditekankan dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam yang lebih berwibawa dan berorientasikan hasil. Pegawai perlu dibekalkan dengan kompetensi yang bersesuaian bukan sahaja untuk melaksanakan tugas semasa, tetapi juga bagi memenuhi keperluan kepimpinan masa hadapan dan kesiapsiagaan terhadap cabaran mendatang. 3. Pendekatan pembangunan kompetensi pegawai yang bersifat bersepadu, berasaskan prestasi serta berpandukan data penilaian dan jurang kompetensi wajar dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang kompeten. Pembangunan kompetensi perlu diselaraskan dengan Kerangka Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam. 4. Kompetensi pegawai bukan sahaja merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh jawatan yang disandang, tetapi turut melibatkan penentuan spesifikasi pegawai yang mengisi jawatan tersebut. Spesifikasi pegawai merujuk kepada kriteria dan kelayakan yang diperlukan untuk seseorang individu memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi. Spesifikasi ini penting bagi memastikan hanya calon yang berkelayakan dan kompeten dipilih, sekali gus menjamin keberkesanan dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan awam. TAFSIRAN 5. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini— “bakat kompeten” ertinya pegawai yang memiliki dan mengaplikasikan set kompetensi generik dan kompetensi fungsian yang diperlukan secara berkesan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy