9 10. Di samping kebertanggungjawaban secara makro oleh Majlis, ketua perkhidmatan turut memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat perkhidmatan awam. Bagi tujuan ini ketua perkhidmatan hendaklah merancang pembangunan bakat bagi skim perkhidmatan masing-masing yang merangkumi pembangunan kompetensi dan potensi pegawai berdasarkan gred jawatan. PELAKSANAAN 11. Dasar, prosedur dan panduan mengenai Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam diperincikan dalam ceraian yang berikut: Kod Ceraian Tema SM.1 Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam Ceraian SM.1.1.1 Panduan Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam (MyKompetensi) Ceraian SM.1.1.2 Panduan Penilaian Dan Pembangunan Potensi Dalam Perkhidmatan Awam (MyPotensi) TARIKH KUAT KUASA 12. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 September 2025. PENGECUALIAN 13. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia ini hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. PEMBATALAN 14. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti senarai dalam Lampiran I adalah dibatalkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy