Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 8 8. Selaras dengan matlamat dasar ini, pembudayaan nilai perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan disepadukan dalam setiap elemen pembangunan bakat di atas bagi membentuk pegawai yang memiliki sahsiah dan nilai etika yang tinggi. Tadbir Urus 9. Tadbir urus dasar ini adalah di bawah Majlis Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam seperti dalam Jadual 1. Majlis ini ditubuhkan bagi menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dasar ini secara holistik merentas perkhidmatan awam serta memastikan pelaksanaannya yang cekap dan konsisten. Terma rujukan Majlis ini adalah seperti yang berikut: (i) menilai dan menetapkan dasar-dasar dan hala tuju pembangunan bakat dalam perkhidmatan awam; (ii) memastikan hala tuju Institusi Latihan Awam (ILA) memenuhi keperluan pembangunan bakat perkhidmatan awam; dan (iii) memantau pelaksanaan dan menilai keberkesanan dasar. Jadual 1: Majlis Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam Jawatan Keanggotaan Pengerusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Pengerusi Ganti Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Ahli-ahli Ketua Setiausaha Kementerian/ Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Majlis boleh menambah keanggotaan ahlinya atau mengundang mana-mana individu/orang daripada sektor awam atau swasta yang bersesuaian bagi mengukuhkan tadbir urus dasar, tertakluk kepada keperluan semasa) Setiausaha Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy