Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam

 7 penilaian prestasi. Jurang kompetensi yang dikenal pasti melalui proses ini akan digunakan untuk merangka pelan pembangunan yang bersasar dan berimpak. Perincian pelaksanaan panduan pembangunan kompetensi adalah seperti di Ceraian SM.1.1.1: Panduan Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam (MyKompetensi). (iii) Pembangunan Potensi (a) Pembangunan potensi yang merangkumi proses pembangunan dan penilaian pegawai yang mempunyai bakat berpotensi dalam perkhidmatan awam. Penilaian potensi bertujuan mengenal pasti, mendorong dan mengekalkan pegawai cemerlang yang turut mempunyai daya kepimpinan, kepakaran, daya inovasi dan kreativiti serta kelayakan, pengalaman dan latihan yang bersesuaian. Penilaian potensi yang bersifat objektif, telus dan boleh dipercayai mampu mengenal pasti pegawai yang boleh mengisi jawatan yang lebih tinggi. Selain itu, ia menyokong pembangunan kerjaya pegawai dengan menggunakan pendekatan secara berterusan dan bersasar. (b) Bagi mendapatkan bakat berpotensi, penilaian potensi hendaklah dilaksanakan menggunakan kaedah yang bersesuaian berlandaskan kesediaan, keupayaan dan kesesuaian pegawai. Kaedah yang digunakan hendaklah berasaskan pemerhatian atau penilaian khas yang ditentukan oleh ketua perkhidmatan/ ketua jabatan. Potensi boleh diukur berdasarkan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan pegawai. (c) Seterusnya, hasil keputusan penilaian potensi boleh digunakan bagi merancang pembangunan pegawai yang dilakukan secara berterusan dan bersasar. Pembangunan ini bertujuan untuk mengembangkan daya kepimpinan dan meningkatkan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Program pembangunan sama ada dalam bentuk kursus kepimpinan, sesi pandu citra dan pementoran, penugasan projek khas atau pusingan kerja boleh memperkaya pengetahuan dan pengalaman pegawai. Perincian panduan penilaian dan pembangunan potensi adalah seperti di Ceraian SM.1.1.2: Panduan Penilaian dan Pembangunan Potensi Dalam Perkhidmatan Awam (MyPotensi).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy