Dasar Latihan Dan Penajaan

 5 SM.2.1.1 Awam melalui Kementerian Luar Negeri, melainkan tawaran berhubung dengan latihan guru, yang boleh disalurkan terus kepada Kementerian Pendidikan. Oleh hal yang demikian, Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan yang menerima sebarang tawaran dari mana-mana punca hendaklah memberi kerjasama dengan memanjangkan tawaran-tawaran itu ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Sayugia diingatkan bahawa kemudahan-kemudahan cuti belajar pegawaipegawai yang menerima tawaran-tawaran biasiswa dan hadiah-hadiah latihan adalah bergantung kepada samada hadiah-hadiah latihan itu diluluskan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan. PEMBATALAN 1. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1972: Tawaran Latehan dan Biasiswa Oleh Negara-Negara/YayasanYayasan dan Badan-Badan Asing dan Antarabangsa adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 2. Peruntukan Ceraian ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy