Dasar Latihan Dan Penajaan

 3 9. Bagi memastikan tadbir urus yang teratur dan tenaga kerja yang mencukupi berdasarkan keperluan dan kepentingan negara, isu melibatkan kontrak latihan dan penajaan serta perkhidmatan pegawai juga perlu diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 10. Perincian mengenai pelaksanaan Program Penajaan Perkhidmatan Awam diperjelaskan dalam ceraian berikut: Jadual 1: Pelaksanaan Program Penajaan dan Latihan Perkhidmatan Awam Kod Ceraian Tema SM.2.1 Dasar Latihan dan Penajaan Ceraian SM.2.1.1 Tawaran Latihan dan Biasiswa Oleh Negaranegara/Yayasan-yayasan dan Badan-badan Asing dan Antarabangsa Ceraian SM.2.1.2 Dasar Penangguhan Balik Pelajar-pelajar Tajaan Kerajaan di Luar Negara Ceraian SM.2.1.3 Pemindahan Kontrak Pemegang-pemegang Biasiswa / Dermasiswa Persekutuan / Hadiah Latihan Persekutuan Ceraian SM.2.1.4 Peraturan Mengenai Pegawai Kerajaan Yang Menjadi Isteri Kepada Pegawai Kerajaan Dan Atase Tentera Yang Mengikuti Kursus 11. Dasar dan pelaksanaan program penajaan dan latihan perkhidmatan awam adalah seperti yang ditetapkan dalam setiap ceraian berkenaan. TARIKH KUAT KUASA 12. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy