Dasar Latihan Dan Penajaan

 2 3. Perkara ini termaktub di bawah Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 1995 P.U. (A) 203 yang menjelaskan bahawa perkara-perkara berhubung dengan Biasiswa Persekutuan dan Latihan diletakkan di bawah bidang tugas JPA, dan menjadi tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). 4. Selari dengan perjalanan kuasa dan tugas-tugas yang dipersetujui, JPA saban tahun melaksanakan program penajaan dan latihan dengan merujuk kepada dasar-dasar sedia ada dan keputusan-keputusan Jemaah Menteri berkaitan program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang. 5. Objektif utama pelaksanaan program penajaan JPA bagi latihan dalam dan sebelum perkhidmatan adalah bertujuan untuk membangunkan modal insan yang kompeten untuk memenuhi keperluan strategik sektor awam dan negara. Sehubungan itu, program latihan dalam dan sebelum perkhidmatan dirangka dengan pelbagai bentuk yang lebih komprehensif dan inklusif ke arah membangunkan modal insan yang responsif dan kompeten (mempunyai sikap bersesuaian, berkemahiran dan berpengetahuan). PELAKSANAAN 6. Program penajaan JPA dapat dikategorikan kepada dua komponen utama iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan dan Latihan Sebelum Perkhidmatan. Program penajaan latihan dalam perkhidmatan memfokuskan latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam di peringkat kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Pengurusan dan Profesional, dan Pelaksana. 7. Selain itu, penajaan latihan dalam perkhidmatan ini merangkumi kursus jangka pendek, latihan jangka sederhana dan latihan jangka panjang yang bertujuan melengkapkan setiap anggota Perkhidmatan Awam dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia terancang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. 8. Manakala penajaan latihan sebelum perkhidmatan pula menumpukan penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), persediaan dan pelajar sedia ada di Universiti bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran. Sehingga kini penajaan latihan sebelum perkhidmatan telah melalui pelbagai perubahan dan bentuk penajaan seperti biasiswa, Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan juga dermasiswa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy