Dasar Latihan dan Penajaan

 15 PELAKSANAAN Kelayakan Bayaran Pasport dan Visa 5. Kelulusan bayaran pasport dan visa bagi pegawai-pegawai yang mengikuti kursus jangka sederhana dan jangka panjang di luar negara adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i) Bayaran pasport dan visa hanya diperuntukkan bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar dengan biasiswa atau dengan tajaan lain untuk mengikuti kursus di luar negara yang tempohnya melebihi tiga bulan; ii) Bayaran pasport dan visa bagi keluarga pegawai adalah untuk pegawai yang mengikuti kursus di luar negara yang tempohnya melebihi 12 bulan dan pegawai telah diluluskan untuk membawa keluarga; iii) Sekiranya pegawai telah menuntut bayaran pasport dan/atau visa di bawah tugas rasmi atau mengikuti kursus jangka pendek, bayaran pasport dan/atau visa tidak layak dituntut di bawah peruntukan Ceraian ini; iv) Bayaran pasport hanyalah untuk pasport antarabangsa Malaysia mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan tidak termasuk pasport kecemasan atau pasport yang baru kerana kehilangan atau kecuaian pegawai; v) Bayaran visa hanyalah untuk permohonan visa yang diluluskan oleh Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi negara yang berkenaan; vi) Bayaran visa adalah termasuk kos-kos berkaitan pematuhan syarat pengeluaran visa seperti yang ditetapkan oleh negara yang berkenaan; vii) Bayaran pasport dan visa yang diperbaharui pada atau selepas tarikh berkuatkuasanya Ceraian ini; dan viii) Bayaran pasport dan visa diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau Kementerian yang telah diturunkan kuasa untuk meluluskan cuti belajar dan biasiswa, mengikut mana-mana Pihak Berkuasa Melulus masing-masing, melalui kaedah tuntutan dengan resit rasmi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy