Dasar Latihan dan Penajaan

 14 “cuti belajar” (dalam Perintah Am 36 Bab C (Cuti) Tahun 1974 disebut Cuti Berkursus) ertinya cuti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk mengikuti kursus dan tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja; “kursus” ertinya kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang khusus kepada program pengajian berbentuk akademik atau kemahiran atau kepakaran atau latihan amali atau program sangkutan / internship atau apa- apa jenis kursus / latihan yang dipersetujui oleh Kerajaan untuk diikuti oleh pegawai di dalam atau di luar negara; “kursus jangka panjang” ertinya kursus sepenuh masa yang tempohnya berturutan melebihi 12 bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik; “kursus jangka pendek” ertinya kursus sepenuh masa yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik; “kursus jangka sederhana” ertinya kursus sepenuh masa yang tempohnya berturutan melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi 12 bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik; “Pihak Berkuasa Melulus” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau mana-mana pegawai yang diturunkan kuasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk menjalankan tugas meluluskan permohonan cuti belajar dan biasiswa; dan “tajaan lain” ertinya kemudahan yang diberikan oleh mana-mana pihak selain Kerajaan Persekutuan termasuk tajaan badan asing yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Melulus atau pembiayaan sendiri, bagi menampung kos pengajian atau membiayai yuran pengajian, elaun dan kemudahan- kemudahan lain semasa pegawai berada dalam tempoh cuti belajar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy