Dasar Latihan dan Penajaan
13 CERAIAN SM.2.1.5 BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menguatkuasakan dasar Bayaran Pasport dan Visa Bagi Pegawai Yang Diluluskan Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang di Luar Negara. LATAR BELAKANG 2. Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10 (Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus Pra Perkhidmatan) telah menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai menuntut elaun, kemudahan dan bayaran semasa berkursus mengikut Perintah Am Bab B 1974 (Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan Awam) termasuk bayaran pasport dan visa bagi pegawai-pegawai yang diluluskan mengikuti kursus jangka pendek di luar negara. Bagi kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang di luar negara pula, ketetapan adalah tertakluk kepada peraturan yang berasingan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Persekutuan. 3. Selaras dengan itu, bagi meringankan beban kewangan pegawai yang diluluskan untuk mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang di luar negara, Kerajaan telah bersetuju untuk membiayai bayaran pasport dan visa pegawai yang berkenaan. Tafsiran 4. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini: “biasiswa” ertinya kemudahan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai kos pengajian, elaun dan kemudahan- kemudahan lain yang pegawai berkelayakan semasa berada dalam tempoh cuti belajar;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy