Dasar Latihan Dan Penajaan

 11 CERAIAN SM.2.1.4 PERATURAN MENGENAI PEGAWAI KERAJAAN YANG MENJADI ISTERI KEPADA PEGAWAI KERAJAAN DAN ATASE TENTERA YANG MENGIKUTI KURSUS TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan yang boleh digunakan oleh Ketua-ketua Jabatan apabila menimbangkan permohonan seseorang pegawai wanita yang menjadi isteri kepada seseorang pegawai Kerajaan termasuk Pegawai Polis atau Attache Tentera untuk mengikuti kursus-kursus berikut: i. Kursus persediaan tertentu sebelum suaminya dihantar bertugas di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri; dan ii. Kursus isteri-isteri pegawai kanan Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah mengadakan kursus-kursus yang tertentu dari semasa ke semasa yang dianjurkan oleh INTAN untuk isteri-isteri kepada pegawai Kerajaan bagi membolehkan mereka memperolehi pengetahuan, kemahiran dan kesedaran dalam bidang-bidang tertentu supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dan manfaat kepada perkhidmatan suami dan juga negara. PELAKSANAAN Peraturan Yang Harus Diikuti 3. Adalah dimaklumkan bahawa seseorang pegawai wanita yang menjadi isteri kepada pegawai Kerajaan ataupun Attache Tentera/Polis yang dikehendaki mengikuti kursus persediaan seperti yang dinyatakan di para 2 di atas yang dianjurkan oleh INTAN atau lain-lain penganjur yang diluluskan oleh Kerajaan, adalah dianggap mengikuti kursus dalam perkhidmatan. Dengan demikian pegawai yang berkenaan tidaklah perlu mengambil cuti rehat ataupun sebarang cuti lain yang terdapat di dalam Perintah Am Bab "C" untuk mengikuti kursus yang berkenaan. Di samping itu pegawai yang berkenaan juga adalah layak menikmati sebarang elaun atau kemudahan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy