Dasar Latihan Dan Penajaan

 10 SM.2.1.3 Universiti-Universiti Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah disifatkan sebagai perkhidmatan dengan Kerajaan bagi maksud memenuhi syarat-syarat Perjanjian Biasiswa/Hadiah Latihan. 6. Pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa/Hadiah Latihan Persekutuan yang dituntut gantirugi tetapi berkhidmat semula sebagaimana di atas adalah dikehendaki menandatangani perjanjian baru dengan Kerajaan bagi memenuhi tempoh kontrak yang belum mereka habiskan semasa mereka meletakkan jawatan. PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah adalah dibatalkan. i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988: Pemindahan Kontrak Pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa Persekutuan/Hadiah Latihan Persekutuan; dan ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2004: Pindaan Dasar Pemindahan Kontrak Pemegang-Pemegang Biasiswa/Dermasiswa Persekutuan/Hadiah Latihan Persekutuan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy