Dasar Latihan Dan Penajaan

 9 CERAIAN SM.2.1.3 PEMINDAHAN KONTRAK PEMEGANG-PEMEGANG BIASISWA/DERMASISWA PERSEKUTUAN/HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan berkaitan dengan kedudukan kontrak pemegang Biasiswa/ Dermasiswa/ Hadiah Latihan Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Pada masa ini pemegang-pemegang Biasiswa/ Dermasiswa/ Hadiah Latihan Persekutuan yang meletak jawatan sebelum menamatkan tempoh kontraknya dengan Kerajaan tanpa izin akan dikenakan tuntutan gantirugi sepenuhnya sepertimana yang tersebut dalam surat perjanjian. 3. Mulai 22 April 1988 Kerajaan telah memutuskan bahawa pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa/Hadiah Latihan Persekutuan yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri-Menteri Persekutuan/ Menteri-Menteri Besar/ Ketua-Ketua Menteri atau menjadi Anggota Pentadbiran Kerajaan hendaklah dianggap sebagai berkhidmat dengan Kerajaan seperti yang disyaratkan dalam perjanjian. 4. Kerajaan juga telah memutuskan bahawa pemegang-pemegang Biasiswa/ Dermasiswa/ Hadiah Latihan Persekutuan yang telah meninggalkan perkhidmatan Kerajaan dan telah dituntut gantirugi, tetapi berkhidmat semula dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Universiti-Universiti Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan, menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri- Menteri Besar/ Ketua-Ketua Menteri atau menjadi Anggota Pentadbiran Kerajaan boleh diambilkira perkhidmatannya yang baru itu untuk melengkapkan kontrak yang belum disempurnakan dahulu. PELAKSANAAN 5. Maka dengan ini ditetapkan bahawa perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik, Anggota Pentadbiran Kerajaan, perkhidmatan dengan Badan-Badan Berkanun,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy