Dasar Latihan Dan Penajaan

 8 SM.2.1.2 13. Pelajar-pelajar yang ditaja secara pinjaman pelajaran, sama ada bagi bidang kritikal ataupun bukan kritikal dibenarkan untuk membuat penangguhan balik bergantung kepada pertimbangan oleh pihak Kerajaan. Di samping itu, penguatkuasaan dari segi arahan lapor diri dan memastikan pelajar membuat pembayaran balik pinjaman perlu diberi penekanan dan usaha ke atas penguatkuasaan itu dipertingkatkan. PEMBATALAN 14. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2010: Pindaan Dasar Penangguhan Balik Pelajar-pelajar Tajaan Kerajaan di Luar Negara adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 15. Peruntukan Ceraian ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy