Dasar Latihan dan Penajaan

6  CERAIAN SM.2.1.2 PINDAAN DASAR PENANGGUHAN BALIK PELAJAR- PELAJAR TAJAAN KERAJAAN DI LUAR NEGARA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menguatkuasakan Pindaan Dasar Penangguhan Balik Pelajar-pelajar Tajaan Kerajaan Di Luar Negara untuk kegunaan semua agensi awam. LATAR BELAKANG 2. Dasar penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara telah dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 bertajuk Dasar Penangguhan Balik Pelajar-pelajar Tajaan Kerajaan Di Luar Negara. Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut menetapkan bahawa pelajar- pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja oleh agensi penajaan Kerajaan sama ada secara Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran hendaklah kembali ke Malaysia untuk menjalani housemanship sebaik sahaja menamatkan pengajian . 3. Selain itu, pelajar-pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang ditaja dengan biasiswa hanya dibenarkan untuk memohon penangguhan kepulangan atas sebab- sebab berikut: i) melanjutkan pengajian ke peringkat kepakaran; atau ii) menunggu pasangan (suami/isteri) yang ditaja oleh agensi Kerajaan untuk menamatkan pengajian. Namun, permohonan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk mendapat perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu dan permohonan tersebut tertakluk kepada kelulusan Kerajaan. 4. Walau bagaimanapun, Kerajaan berpandangan bahawa dengan mengambil kira bidang-bidang tertentu yang amat diperlukan oleh negara, pelajar-pelajar di dalam bidang tersebut perlu kembali ke tanah air untuk menyumbang khidmat bakti mereka kepada masyarakat dan negara bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat tidak terjejas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy