1-49 Faedah Persaraan Formula Pengiraan (bagi anggota bujang yang tiada ibu kandung /bapa kandung dan anak, GCR boleh dibayar kepada wakil diri yang sah disisi undang-undang). c. Bagi pegawai sementara yang mati dalam perkhidmatan, orang tanggungannya yang layak dibayar faedah terbitan di bawah Seksyen 25 Akta 227 adalah seperti berikut- i. elaun bersara terbitan atas kadar ¾ daripada amaun di (a). ii. ganjaran terbitan atas kadar ¾ daripada amaun di (b). (iii) Borang dan dokumen yang diperlukan untuk memohon faedah terbitan ialah di Jadual 33. Bagi anggota bujang, borang dan dokumen yang diperlukan ialah yang bertanda (*) sahaja. Jadual 33 Borang Dan Dokumen Urusan Persaraan Kerana Kematian Anggota Dalam Perkhidmatan Bil. Borang dan Dokumen a. Borang JPA.BP.SPT.B01a – Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian dalam Perkhidmatan (Awam/BBKT)*. b. Borang JPA.BP.SPT.B01e – Maklumat Tanggungan – Kes Kematian Dalam Perkhidmatan. c. Borang JPA.BP.SPT.B03a – Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) (jika berkenaan). d. Borang JPA.BP.SPT.B06 Pin. 2007 – Maklumat Akaun Bank Pemohon. e. f. Borang JPA.BP.SPPP.B04 – Notis Pelepasan/ Pengasingan Caruman Kerajaan Di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Untuk Tujuan Pengiraan Faedah Persaraan (tidak perlu ditandatangani)*. Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang*.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy